Khamis, 15 Disember 2011

provokasi



Aku ketawa, haha !
Gelak besar melihat karenah dunia
Disuap dan menyuap hingga senak si perut
Provokasi bertaburan mencari mangsa

3 generasi digembar – gemburkan
Generasi X, Y dan Z
Makin melangkah ke hadapan, makin terkebelakang
Aku memetik kata – kata seorang kawan
“ Generasi X, Y dan Z ?. Tidak sama sekali. “
“ Kita hanyalah generasi pengguna “
“ Tidak mencipta pembaharuan, hanyalah mengguna hasil tangan orang “

Yang manis dan sedap di kopi tampal
Menjadikan hak mereka dan memperbodohkan
Diri dan sekeliling yang termakan umpan
Hasilnya ? kembang dipuji hasil orang
Peluh sendiri tidak pernah dicuba diolahkan
Si sampah naik menyampah

Dunia, semuanya indah di kaca kotak tv
Yang indah pernah terjadi dalam hidup kau ?
Setapak keluar, lopak di depan rumah

Menendang di kepala inginkan hidup seperti puteri dan raja
Mewah di setiap penjuru rumah sehingga jendela
Jatuh cinta bagaikan sang sinderella
Cerita hidup bagaikan cerita korea
Disuap sang kotak tv dan media

Membayangkan, “ kan best kalau aku macam tu “
Ludah setepek aku hadiahkan dimuka

Pernah terjadi apa yang kau bayangkan ?
Pernah kau dapat apa yang kau bayangkan ?
Pernah ?

Sebab itu dinamakan drama dan filem
Dihasilkan atas apa yang tidak boleh didapat di dunia
Melalui lakonan dan kau terpedaya dan termakan

Nasihat kepada diri sendiri
Atau aku yang kolot ?

Sabtu, 29 Oktober 2011

si bangsat yang mentah

ah sudah
makin menjadi, makin mengganas
makin tinggi, makin didongakkan
dagu bertukar arah di sebalik lakonan puppet
tiada lagi lapisan bedak dimuka
kerut, parut, bintik bangun dari lapisan debu

itu dia
ya, itu dia !!!

bulu yang gebu meliputi lapisan kerak kulit
gugur satu persatu lantas menunjukkan warna kulit yang sebenar
bukan hajat berbicara mengenai agama mahu pun bangsa
namun kerak kulit lakonan sudah habis dimamah diri sendiri

diteroka dan didedah
dibogelkan akan perilaku sendiri

itu dia
ya, itu dia !!!

mungkin salah aku
menyuap tanpa henti akan rona harian
tidak aku sangka
suapan mendedahkan si buas berkulitkan si perawan

bangsat
bangsat si buas dibogelkan dan ditunjuk
oh, sungguh bangsat

betis sudah diberi, tanda kejinakkan
kini peha menjadi mangsa demand list kau
kini kepala pula mahu kau pijak dijadikan bola permainan

oh bangsat
sungguh bangsat

aku tidak sebangsat dan sebodoh itu
aku tidak sebangsat dan sebodoh kau

lagak bangsat si bangsat
lakonan mentah kau sementah daging mentah
kerana kau masih mentah

: : p/s : orang muda, sungguh mudah mentafsir diri kau.

Selasa, 18 Oktober 2011

projek terbengkalai

pot pet pot pet . . .
pot pet pot pet . . .

leteran insan di dataran rumput manusia
di sana dan juga disitu, sini, sana
fenomena yang kembar
biasa lah, adat orang kita
itu yang meriahkan suasana pasar dunia

bammm !!!

4 projek dilambakkan ke atas objek separa kayu, meja namanya
aku menyepetkan mata, menaikkan kening, dahi berkerut
tanda protes namun aku suka

srapppp, srapppp, srapppp ~

sehelai demi sehelai aku membelek
mengupas asal usul projek yang muncul tanpa memberi salam
memegang erat masalah yang diutarakan
sambil memakai spek yang menjadi peneman mata
aku membesarkan mata
menjenguk sedalam - dalamnya akan tunjang akarnya

memasang telinga untuk peka, membuka mata untuk membantu
mendengar dengan teliti
melihat dengan celik
berbicara dengan fakta dan pengalaman

projek yang terbengkalai, berhabuk, tergantung
satu demi satu diselesaikan dengan senyuman dan tawa
mereka pun tersenyum bersama
memudahkan, menyenangkan, menyelesaikan

4 projek permasalahan manusia yang dilabel sebagai kawan terjawab
aku gembira dapat membantu dengan secebis minda pink ini
dihujani taburan pujian dan terima kasih
aku berkata :

" member - member, xde hal la "

: : p/s : membe tolong membe. xde hal la geng.

Rabu, 12 Oktober 2011

dansa si unggas

tepu
kosong, sunyi dan kaku
jari terhenti di papan kekunci

unggas berdansa keriangan
lelabah berniaga di sesawang
cengkerik melantunkan melodi
tiada kelibat manusia
hanya habuk memenuhi ruang

habuk dan sesawang si lelabah
menjadi penghuni tetap, mengalahkan pemiliknya

haaacummmm ~

aku bersin
kehadiran habuk menerobos ke dalam ruang gelap hidung
memenuhi setiap corong dan lohong

fuhhhh ~
fuhhhhh ~
fuhhhhhh ~
meniup dan bertiup
dada kesempitan, semput

kiri dan kanan
depan dan belakang
utara dan selatan
timur dan juga barat
mata melilau mencari sekeping makna

haaaiiihhhh ~

beku, tepu dan kaku

berkerak habuk memajukan penempatan masing-masing
aku yang beku, tepu dan kaku, hanya tersenyum
tersedar dan terjaga, diseru !

lantas tangan mencapai bulu ayam
melontar segala habuk dan kesunyian ke luar jendela
jari menari di papan kekunci, dengan lagak tersendiri
aku kembali

ya, aku kembali !!!

aku sudah kembali !!!

: : p/s : lama da x update blog. dekat sebulan jugak. final exam punya penangan.

Sabtu, 17 September 2011

sakit mata

ke hadapan, ke belakang
tangan bergerak tanpa arahan
merah, semerah mata sang serigala
kelaparan mencari mangsa di hening malam
satu kepuasan

pedih
mata ini pedih
tiada habuk mahupun kotoran
namun terasa amat pedih
berkali - kali dibantu oleh tangan
tiada kelegaan ditemui

aku pedih
pedih bukan kerana habuk
tetapi kerana kemajuan yang membutakan
membutakan mata mereka - mereka
hanya mengikut dan diketuk
umpama lembu yang ditindik hidungnya

pedih dan sedih
sedih ?

ya, aku sedih
sedih melihat mata kau yang celik pada azalinya
tapi hakikatnya buta

ya, memang engkau mahu jadi lawa seperti mereka -  mereka
namun kau melebih - lebih, terlebih dari yang diperlukan
bukankah bersederhana itu lebih baik

bagaikan boneka
gerak - geri, tingkah laku
dikawal dengan seutas tali halus

diri engkau yang lawa, kini menjadi bahan tertawa

sedih dan pedih mata ini . . .

: : p/s : org lain make up lawa, awak make up mcm momok. sakit mata tengok.

Isnin, 5 September 2011

tempurung kelapa

jauh engkau berjalan
pelbagai corok dan denai telah diteroka
nombor yang kian bertambah di sisi umur
mencatit perjalanan yang ditempuhi

namun aku kecewa
kecewa melihat engkau yang berjalan

orang tua - tua ada berkata
jauh perjalanan luas pemandangan
tetapi tidak bagi engkau
meneroka alam di dalam tempurung
memang jauh engkau berjalan
tapi pemandangan engkau cetek
secetek dan sementah ruang di dalam tempurung

sampai tua pun tidak ke mana !
engkau kata penat berjalan
penat engkau berjalan tidak mendatangkan hasil !
tiada mendatangkan perubahan !

jauh engkau melangkah
tapi kemajuan di depan mata engkau buta !
engkau dengan dunia sendiri
engkau dengan kelapa kau dan diri kau !

sampai bila ?
zaman kian berlari laju dengan kemajuan
tapi engkau masih dengan tempurung kelapa kau
masih buta dan alpa
tidak mencuba membuka mata kepada dunia

tempurung yang selesa
sungguh selesa sehingga lalai dan alpa
bagaikan selimut yang menyelimut di subuh hari
hingga tidak mampu bangun
untuk membuka mata akan pembaharuan dan revolusi

jauh perjalanan engkau, hanya sia - sia
hanya penat menjadi teman di kaki dan langkah kau

tempurung kelapa
zon selesa

sampai bila ?

: : p/s : selamat merdeka. lambat 5 hari ucapan merdekanye. (@_@)

Selasa, 30 Ogos 2011

kincir angin

sepetak kincir angin
melekat pegun di tengah jiwa
bilah putih yang tiga bekerja
berputar dan berpusing
akan kehadiran angin menyapa

berpinar dan pening
tatkala kincir menjalankan tugas
sebagai satu keperluan hidup dan perjalanan
di kala angin bertanya khabar
namun tiada melekat akan kehadirannya
bagai satu ombak di sisir jiwa
datangnya di alami semua
tapi kosong tatkala melalui petak jiwa ini

nun jauh di sana
pandangan aku di pesongkan dan dijauhkan sebentar
oh, di sana, dan juga di situ
hening, sepetak kincir angin tegak dan sayu
namun tenang
melalui fenomena sepetak yang kembar

bilah berputar lagi di dalam petak jiwa
berputar seperti mereka - mereka
namun angin hanya sempat bersalam
tiada kesempatan untuk menetap dan mencetuskan makna

kincir angin itu berputar dan berputar
namun makna tiada menunjukkan bayangnya

berputar dan berputar . . .

: : p/s : selamat hari raya sume. ~d(^_^)b~

Rabu, 24 Ogos 2011

tin kosong

lenguh kaki ini berdiri
menghadap cabang titian dihadapan
kaki dijengketkan sedikit
disepetkan mata menjadi pelaku
menerobos pemandangan di 2 titian
namun tiada dilihat kelibat penghujungnya

titian pertama bergoyang rancak
manifestasi daya dari tenaga melangkah
indah
cukup indah mata ditawan oleh bulatan alam
namun kemek dan remuk besi lembut itu
tin kosong telah dicacatkan
indah, namun kemek dan remuk, sakit

pegun dan kejab
tiada perilaku pergerakan
hanya unggas mengawal suasana di titian pertama
pelik

kriiieeekkk . . .

titian kedua mengaum
kelibat insan tin kosong itu dapat di cam
berubah arah, haluan
namun destinasi yang dituju tetap sama

megah berdiri, tenang
segar dan suci
ketenangan dan keriangan terpancar dari tin kosong itu
titiannya tidaklah indah, tidak juga menjadi pilihan
lumut dan habuk menjadi penduduk utama
namun selesa, lapang
bebas

senyuman memainkan tempatnya di bangunan bibir
tin kosong itu tersenyum
menyambung perjalanan yang terhenti seketika itu

: : p/s : tin kosong jangan lupe recycle balik ok.

Jumaat, 19 Ogos 2011

air dan kaca

malam ini aku ditarik
ke dalam lembah selumbar
gaung yang amat perit
diseret oleh diri aku sendiri

pilu dan hiba bercampur - baur
jiwaku berkaca
setitis demi setitis
air mengalir dari kotak jiwa

aku memapah
mencuba menarik jasad , bangkai
jauh dari lembah yang berduri
sakit kulit perlindungan
di tarik dan diseret
namun tidak berdarah
sedarah , sesakit kotak - kotak jiwa

calar - balar
luka jahitan kembali berdarah
warna merah
membuak - buak keluar
dari setiap titisan jarum

sengaja aku dikhayalkan
letih , lenguh dan kebas
tangan menampan daya kehampaan dan kehibaan

sebatang tiang terpacak keluar
tepat menembusi dada
kain putih diangkat dan dikibar dengan perlahan
simbolik kepada kekalahan dan kelemahan
aku tewas malam ini

: : p/s : mengira akan masa dan bila kain putih akan digugurkan.

Rabu, 17 Ogos 2011

dinding trauma

kraaakkk . . .

dinding itu retak lagi
air berlari keseronokan masuk
bocor

zzzrrriiippp . . .

selotep itu ditarik
begitu panjang skali

pap papp . . .
pap papp . . .

aku menampal dinding itu
dengan teliti
agar tidak menitik lagi kebocoran

tip tip tip . . .
tip tip tip . . .

menitis juga
namun ianya semakin berkurangan
aku menarik lagi selotep hitam itu
untuk memperkemaskan lubang yang bocor itu

mengapa selotep hitam ?

aku memilih selotep hitam ini
kerana warnanya yang hitam
menutup lubang itu dengan gelapnya
segelap - gelapnya
agar tidak lagi bocor
agar tidak lagi aku melihat ke dalam lubang itu
lubang memori

aku alpa
aku telah lalai
membiarkan dinding itu bocor
setelah sekian lama kukuh berdiri dan bertahan
air yang mengalir
menakung aku di dalam
menyebabkan aku lemas
lemas dengan kealpaan sendiri

penat
aku dah penat
penat menjenguk lubang itu

zzzrrriiippp . . .

lapisan selotep yang terakhir
di atas lapisan yang lainnya

tiada lagi kebocoran
tiada lagi kebasahan
tiada lagi kesedihan
tiada lagi kealpaan

lega aku tersedar
dari kebasahan
sebelum lencun dek lubang di dinding itu

diharap dinding itu kukuh mencanak
menjadi bulatan perlindungan

dan aku
berdiri di dalam

keseorangan . . .

: : p/s : selesa, namun . . .

Selasa, 16 Ogos 2011

kerana tidak

tidak . . .
tidak . . .
bukan kerana mereka

tidak . . .
bukan kerana mereka

kebas
kebas bibir ini berbicara
sudah beberapa kali
bergema di setiap posisi
di setiap lorong dan lohong

lesu
aku letih
tapi

haaaiiihhh . . .

allahyarham yasmin ahmad
tidak

a.samad said
juga tidak

mereka - mereka berkata

indah
begitu indah
layak dijadikan novel
layak juga menjadi seperti mereka di atas
tidak kurang juga
layak untuk dicemuh oleh mereka - mereka di luar sana

aku bertambah lesu

haaaiiihhh . . .

aku menulis bukan kerana populariti
aku menulis bukan untuk diikuti
aku menulis bukan untuk dikagumi
aku menulis bukan untuk disanjungi

tidak . . .
tidak . . .
bukan kerana itu aku menulis

aku menulis

kerana aku ingin menulis

: : p/s : kalau menulis, pkai pen atau pensel. nie bukan menulis, nie menaip la. d(@_@)b

Ahad, 14 Ogos 2011

penagih dadah

tip tip tip . . .
tip tip tip . . .

hujan
setitik demi setitik
menyembah bumi
seirama dan sejiwa
seakan memahami kehendak hati ini

sejuk
menjamah kulit ku ini
aku kesejukan

brrrrr . . .
aku menggigil

keras

aku keras
sekeras batu

bersepah
dirobek
dicampak
satu demi satu

rakus
sungguh rakus
tangan ini menyelongkar
di selongkar dan di selongkar lagi

aku gian
aku keras
aku perlukan ia
aku perlukan ia !

buntu
kusut
gelisah

tidak
oh tidak
aku tidak dapat menahan lagi

cukup

aku amat - amat perlukan ia . . .

: : p/s : malam nie sejuk gile sebab hujan. da gian nak selimut nie. sejuk, brrrrrrr ~

Jumaat, 12 Ogos 2011

bayang - bayang

gelap
sunyi
bisu
buta

aku tertunduk
kau memerhatikan tingkah laku aku
tanpa berkata apa - apa
tanpa diadili

senyap . . .

terdetik satu persoalan

mengapa
mengapa dan kenapa
kau berperilaku sebegitu
mengapa ?

dup dap dup dap . . .
dup dap dup dap . . .

jiwa memberontak inginkan jawapan
satu kepastian

aku tersenyum lebar
aku tersedar
tersentak
terjaga dari unggas khayalan

terjawap
bayang - bayang
mengapa kau berada di kaki aku
dan mengapa kau bermula di situ

tidak di hati
tidak di akal
mengapa ?

kerana kehadiran kau
menyedarkan aku

akan asal - usul ku
akan dimana tempat aku berpijak
akan tingkah laku ku
akan kejadian ku
akan paksi salasilah ku
akan sejarah kehidupan yang aku lalui

peneman ketika aku bersedih
ketawa
geram
marah
suka
duka

tapi yang penting
kau menyedarkan aku akan

siapa aku . . .

: : p/s : klau gelap, xde bayang - bayang, camne pulak ? (= =" )

Khamis, 11 Ogos 2011

hitam itu putih

dam dam dam . . .
dam dam dam . . .

dinding itu berbunyi lagi
sudah beberapa kali ditumbuk
namun tiada jawapan

buntu
keliru
haru - biru
kacau - bilau
resah - gelisah
semuanya bergurau senda di kotak fikiran

menyempitkan
menyesakkan dada
tapi nafas aku beralun secara normal

cetek
secetek kertas
begitulah mentaliti mereka
terus - menerus tanpa henti
tanpa titik nokhtah
tanpa adanya perubahan

yang baik dihentam
yang jahat dihentam
dihentam dan dihentam
melihat lagak mereka menghentam
bagaikan ketam mengajar anaknya

yang baik dipersoalkan
yang jahat dikondemkan
kuasa penentu di tangan mereka - mereka
mereka bagaikan tuhan di jalan konkrit
pengadilan mengalahkan pencipta

konon
modal insan kelas pertama
penggerak nadi negara di masa hadapan
tetapi mentaliti kelas tercorot
bergerak dari katil pagi pun susah

tidak semua hitam itu hitam
dan tidak semua putih itu putih

: : p/s : jadik baik salah, jadik jahat salah. susah jugak jadik manusia nie.

Isnin, 8 Ogos 2011

tik tok tik tok

tap tap tap . . .
tap tap tap . . .

aku melangkah
melangkah dan terus melangkah

dikopek
disiat
lalu dibancuh

papppp !!!

aku terhenti seketika

termangu
terdiam
terpaku
melihat perilaku kau yang mentah

aku gagahkan juga

tik tok tik tok . . .
tik tok tik tok . . .

waktu berjalan

kau masih
mengopek
menyiat
dan membancuh

haaaiiihhh . . .

tik tok tik tok . . .
tik tok tik tok . . .

waktu berjalan lagi
dan aku masih menunggu

. . .

: : p/s : bukan kau sorang je nak amek air kat water dispenser tu, cepat sikit bole?

Jumaat, 5 Ogos 2011

aku atau mereka

aku mendongak

. . .

haaaiiihhh . . .

memekakkan telinga
membutakan mata
membisukan diri

bingit
telinga aku bingit

kiri
kanan
depan
belakang

terus menerus
tanpa henti
bagaikan serombong ekzos yang panas
mengeluarkan sisa - sisa nista

bagaikan
biri - biri buta
dihambat oleh kawanannya
jikalau tidak mengikut
akan dibaham sang serigala

sang serigala
serigala minda

takutkan khayalan
khayalan dunia yang tersendiri

yang pasti
aku akan lakukan kerana aku
bukan kerana mereka

: : p/s : rimas jugak kalau tiap - tiap minggu orang tanye balik ke x. klau aku free, aku balik ok geng.

Rabu, 3 Ogos 2011

si belalang yang jelik

puuurrrhhh . . .

puuurrrhhh . . .

sembur
disembur lagi
dari bibir si belalang
yang tidak tahu asal usulnya

menyembur

puuurrrhhh . . .

jelik

itu yang dapat dilihat
itu yang pasti
tika kau menyembur

aku lah raja !
aku lah permaisuri !
aku lah dewa !
aku lah itu !
aku lah ini !

mengagungkan diri
tanpa motif yang pasti

sejarah
oh, aku lupa
hanya sebelah mata
di pandang oleh diri kau
atau kedua - dua mata kau tertutup ?

sejarah tercatit
sultan mahmud mangkat dijulang
jangan sampai
pemergian kau dijulang

yang pasti , lain padang lain belalang .

: : p/s : toksah la membangge diri. hari ini kat atas, lain - lain hari kat bawah pula.

Selasa, 2 Ogos 2011

kau pengecut !

buta dan bisu

.  .  .  .  .  .  .  .  .

membutakan mata
walau tidak buta
membisukan diri
walau tidak bisu

skrin putih ini
hanya itu yang kau mampu lakukan

pendam
dipendam dan dipendam lagi

terdiam lagi

kanan atau kiri

setapak kau melangkah
setapak kau berundur

sampai bila !
sampai bila ?

kau pengecut !
kau pengecut !
kau memang pengecut !

kau bukan pengecut
tapi kau tidak berani
atas apa yang belum pasti

ungkapan yang aku ucap pada diri sendiri

: : p/s : aku suka kau. tapi, biarlah menjadi misteri sehingga menjadi pasti.

Isnin, 1 Ogos 2011

golek dan bergolek lagi

bosan

atas
bawah
atas
bawah

ayam golek ?
tidak

golek
tangan aku bergolek lagi

mata
tangan dan mata
bergolek lagi
seiringan
bagai pasangan kekasih yang sempurna

tiada apa yang menarik
tiada apa yang mencuit mata
tiada pembaharuan
tiada ditegur

bosan . . .

haiiihhhh . . .

: : p/s : dah dekat 18 kali tengok fb nie. atas bawah aku belek. bosannn ~

aku mengandung

normal
perut kelihatan normal
tapi aku loya

mual

loya
rimas

aku mengandung ?
a . . a . . aku mengandung ?

tidak

tapi aku masih loya
tekak menolak naik
oh, tidak

aku muntah . . .

: : p/s : ayat kau x bole gedik lagi ke? nak muntah bace.

Ahad, 31 Julai 2011

nafsu serakah

kau membelai
aku selesa
belai dan membelai lagi
oh, aku sungguh selesa

aku baring di riba mu
kau membelai
oh, sungguh selesa

kau baring diatasku
aku dibelai lagi
oh, sungguh selesa

selesa . . .

selesa . . .

sungguh selesa . . .
sungguh selesa ?

arghhhh, cukup !!!

: : p/s : boleh tak kau gi jauh - jauh wahai "malas". syuh syuh ~

Sabtu, 30 Julai 2011

si biri - biri tidak berbulu

sejuk
kulit ku sejuk malam ini
aku tidak mempunyai bulu perlindungan
seperti mereka

serigala kota
mata yang merah
pantas menerjah mata mereka
melihat aku yang terdedah

slurppp . . .

senyuman serigala
yang ditaja oleh aku

aku sejuk
jangan pandang aku !!!

: : p/s : lawa kaki awak. awak x sejuk ke pkai skirt malam2 nie.

getah yang mengikat

oh tidak
kau menjelma lagi
namun kau malu - malu

oh tidak
kau menjengah lagi keluar
lantas kau ditarik
ditarik untuk disorok

kenape perlu disorok
sedangkan kau yang menjengah

kau telah di salah guna
memang di dunia ini
hanya kau di jahit untuk ditayang

aku ketawa melihat karenah kaw

getah yang mengikat

: : p/s : lain kali kalau pkai spender tu, jgn sampai org lain nampak cik kak oi.

mataku berdarah

darah
mataku berdarah
melihat bukit itu ditarah
aku tergoda

tergoda?

aku terpedaya
bukit yang tiada perlindungan
di selimuti kain yang nipis

mataku berdarah

: : p/s : lain kali pkai baju jgn ketat - ketat ye !

lagak jelingan si gadis buta

tidak

si buta itu menjeling lagi
kepura - puraan dan kesedaran

aku tergoda
tapi aku rimas

kepura - puraan dan kesedaran
cukup . . .

: : p/s : kau cantik. tp sayang, kau buta hati. jgn jual mahal ea awak.