Jumaat, 27 Januari 2012

rancak


Haha !
Rancak kau berbicara

Kau hentam sana, kau kutuk sini
Kau maki sana, kau caci sini
Rancak kau berbicara

Club sana kau pergi, club sini kau pergi
Kau mabuk sana, kau high sini
Rancak kau berbicara

Sana kau race, sini kau race
Kau rempit sana, kau sagat sini
Rancak kau berbicara

Yang ini salah, yang itu lagilah salah
Yang ini betul, yang itu baru betul
Rancak kau berbicara

Kau gaduh sana, kau rembat sini
Sana kau pukul, sini kau tukul
Rancak kau berbicara

Luar malaya kau teroka, dalam malaya kau teroka
Dalam laut kau berenang, atas angin kau terbang
Rancak kau berbicara

Girl sana kau kenal, girl sini kau kenal
Kau main perempuan sana, kau main perempuan sini
Rancak kau berbicara

Guy handsome sana kau kenal, guy macho sini kau kenal
Kau skandal guy sana, kau goda guy sini
Rancak kau berbicara

Sana kau plesing, sini kau plesing
Kau tayang muka hot sana, kau tayang body hot sini
Rancak kau berbicara

Tempat sini puaka, tempat sana celaka
Hantu ini kau nampak, hantu itu kau teriak
Rancak kau berbicara

Dengan couple satu bumi kau berjalan, sampai langit hingga ke bulan
Dengan kawan ajak jumpa susah, lepak kedai mamak pun payah
Rancak kau berbicara

Pot pet pot pet sana, pot pet pot pet sini
Seminit kau meleter, sejam kau merepek
Rancak kau berbicara

Sungguh rancak kau berbicara

Sungguh rancak kau punya berbicara

Aku pekakkan telinga, aku kosongkan jiwa
Kerana aku tak kisah akan kisah rancak kau semua

Isnin, 23 Januari 2012

histeria



Hendak dicerita, panjang cerita
Tapi apa guna cerita kalau bukan untuk dicerita ?

Aku termenung dan siling menjadi sasaran mata
Terbujur aku di atas katil, kaku
Menanti jawapan kepada persoalan dibenak kotak fikiran
Yang aku sendiri tidak pasti akan kewujudan penyelesaian
Satu penamat

Melihat cermin yang sudah muak dengan diri aku
Bayang-bayang kegagalan yang lemah tampak jelas
Layu, buntu dan sayu
Impian bertukar menjadi fantasi
Impak dari realiti yang dilalui setiap hari
Berputar seperti lagu yang tiada button berhenti

Mendongak kepala tanda tidak mengalah
Hajat cerita bukan untuk merungut atau kecewa
Cerita ini hanya untuk mengetahui keadaan diri
Agar tidak masuk ke karung dilema

Kerana aku tahu setiap orang ada impiannya

Jumaat, 6 Januari 2012

hiper tetapi buta




Tatkala ini kerusi menjadi ligat , entah berapa kali berpusing
Ligat pusingan tidak seligat kepala , norma “blurr” menyerang
Sambil aku menongkat dagu , merapatkan kaki , mendongak

Pusingan yang ke – 9

Aku masih terdiam
Rentak hati ingin berjuang , perubahan menjadi agenda minda
Genap hari ini, hampir 2 bulan di zaman gelap
Seperti sejarah tercatit zaman kegelapan gereja
Namun bukan gereja menjadi titik isu disini

Terdiam , tergamam

Pusingan ke – 10

Hiper
Aku melonjak, terlonjak dengan semangat
Ideologi bersepah merata di denai minda
Itu ini itu ini mahu dibuat dan dicapai
Sana sini sana sini mahu dijejak , diteroka , dicuba

Buta
Pengalaman dan pengetahuan menjadi dinding, benteng
Melihat mereka hebat , gah di dunia sana
Melihat diri hina , terperuk di dunia sini
Ingin melangkah, namun terhenti
Macam mana ingin melangkah ?
Itu yang aku lupa

Bukan lupa , namun tidak tahu
Jalan perubahan , ya ! aku tidak tahu
Bagaimana hendak bermula , dimana , langkah pertama ke mana ?
Itu yang aku buta

Hiper tetapi buta