Sabtu, 23 Februari 2013

begitu dan begini


macam mana aku nak dalami dan rasai cinta
kalau definisi cinta yang dibentang di kaca tv hari hari – hari di depan mata
hanya, hanyalah hubungan antara lelaki dan wanita semata

itu bukanlah definisi
itu hanyalah kehendak majoriti yang paksa minoriti untuk mengadaptasi

cinta

tiada kasta, tiada medium, tiada kata yang pasti
tiada jantina, tiada warna, tiada heararki
jadi jangan kau kata cinta itu hanya begitu dan begini
kerana cinta itu adalah sang pengneutralisasi
segala benda yang membenci





cinta itu neutral

Khamis, 14 Februari 2013

mitos sang valentine


baby, kita nak hang out kat mana today ?
harini tabole keluar sayang. today is valentine day, remember ?
ops, lupa la. then, besok je la


hakikatnya, hari ini valentine, tapi besok bukan

Khamis, 7 Februari 2013

buntu


malam ini,
buat kali pertama aku menggigil kerana aku.
akan masa depan yang aku sendiri tak tahu.
aku buntu.


Isnin, 4 Februari 2013

Aku belum cukup Malaysian


Aku belum cukup Malaysian | 21 Januari 2013

Ponggal

Seawal 8 pagi, aku menaiki bas menuju ke Bandaraya Johor Bahru untuk menembak di sekitar bandar. Langit yang gelap dan suram seperti menghalang perjalanan hari ini. Aku tiba pada pukul 9 pagi dan terus menapak seorang diri sekitar bandar.

Aku terlihat kemeriahan suasana di salah sebuah kuil, kuil Sri Raja Mariamman namanya. Apa lagi, keluar gadjet, tembak,tembak dan tembak.

Ketika aku sedang khusyuk menembak, aku disapa oleh seorang pemuda berbangsa India yang aku rasa dalam linkungan 20-an berdasarkan tubuh badannya. Dia memperkenalkan diri sebagai Shiva.

Dari pengenalan singkat itu, dia terus menjadi tour guide tidak berbayar aku secara sukarela. Dia menerangkan sedikit sebanyak mengenai perayaan Ponggal ini.

Beliau menyatakan bahawa perayaan ini sama seperti perayaan Hari Gawai atau Pesta Menuai Padi yang bertemakan kesyukuran ke atas tuhan mereka. Kaum wanita akan memasak nasi menggunakan periuk tembikar sehingga menjadi bubur lalu dicampur dengan gula dan dihidangkan di atas daun pokok pisang.

Perbualan singkat itu terpaksa dihentikan kerana Shiva sibuk mengendalikan majlis. Ah, aku memang suka menyibuk pun.

Aku terasa bangang seketika di kesibukan hiruk – pikuk orang ramai kerana tidak tahu akan perayaan ini yang disambut hari ini dan kenapa ia disambut sehingga ke hari ini.

Dark side aku berbisik di telinga, 

“ Celaka sungguh kau jangan jadi racist ! “

Tepuk dahi banyak kali.

Malaysian, heh. Ternyata, aku belum cukup Malaysian. Suku pun tidak.

Malaysia, Truly Asia.