Selasa, 16 Ogos 2011

kerana tidak

tidak . . .
tidak . . .
bukan kerana mereka

tidak . . .
bukan kerana mereka

kebas
kebas bibir ini berbicara
sudah beberapa kali
bergema di setiap posisi
di setiap lorong dan lohong

lesu
aku letih
tapi

haaaiiihhh . . .

allahyarham yasmin ahmad
tidak

a.samad said
juga tidak

mereka - mereka berkata

indah
begitu indah
layak dijadikan novel
layak juga menjadi seperti mereka di atas
tidak kurang juga
layak untuk dicemuh oleh mereka - mereka di luar sana

aku bertambah lesu

haaaiiihhh . . .

aku menulis bukan kerana populariti
aku menulis bukan untuk diikuti
aku menulis bukan untuk dikagumi
aku menulis bukan untuk disanjungi

tidak . . .
tidak . . .
bukan kerana itu aku menulis

aku menulis

kerana aku ingin menulis

: : p/s : kalau menulis, pkai pen atau pensel. nie bukan menulis, nie menaip la. d(@_@)b

1 ulasan: