Khamis, 22 Mac 2012

horizon sunyi



tik tak tik tak tik tak
irama jarum jam memenuhi ruang di dinding sana
jam membisingkan diri, merancakkan suasana yang sepi
sepinya tidak seperti minda aku
yang sedang rancak berpesta dan berdansa

tik tak tik tak tik tak
5 minit sudah berlalu

hajat hati ingin berceloteh
menghabiskan air liur sampai meleleh-leleh
sambil menghirup sisipan air teh
namun aku letih

kiri kanan tiada beza
atas bawah kelihatan sama
dunia berputar tiada beza
hari apa
tahun apa
musim apa
tempat apa
entah, aku pun tidak tahu
bagai buaya yang berhibernasi
tidak tahu akan dunia luar sana

kerja, kerja, kerja
la la la, hari hari kerja, lagu meet uncle hussein jadi bini suasana