Sabtu, 17 September 2011

sakit mata

ke hadapan, ke belakang
tangan bergerak tanpa arahan
merah, semerah mata sang serigala
kelaparan mencari mangsa di hening malam
satu kepuasan

pedih
mata ini pedih
tiada habuk mahupun kotoran
namun terasa amat pedih
berkali - kali dibantu oleh tangan
tiada kelegaan ditemui

aku pedih
pedih bukan kerana habuk
tetapi kerana kemajuan yang membutakan
membutakan mata mereka - mereka
hanya mengikut dan diketuk
umpama lembu yang ditindik hidungnya

pedih dan sedih
sedih ?

ya, aku sedih
sedih melihat mata kau yang celik pada azalinya
tapi hakikatnya buta

ya, memang engkau mahu jadi lawa seperti mereka -  mereka
namun kau melebih - lebih, terlebih dari yang diperlukan
bukankah bersederhana itu lebih baik

bagaikan boneka
gerak - geri, tingkah laku
dikawal dengan seutas tali halus

diri engkau yang lawa, kini menjadi bahan tertawa

sedih dan pedih mata ini . . .

: : p/s : org lain make up lawa, awak make up mcm momok. sakit mata tengok.

Isnin, 5 September 2011

tempurung kelapa

jauh engkau berjalan
pelbagai corok dan denai telah diteroka
nombor yang kian bertambah di sisi umur
mencatit perjalanan yang ditempuhi

namun aku kecewa
kecewa melihat engkau yang berjalan

orang tua - tua ada berkata
jauh perjalanan luas pemandangan
tetapi tidak bagi engkau
meneroka alam di dalam tempurung
memang jauh engkau berjalan
tapi pemandangan engkau cetek
secetek dan sementah ruang di dalam tempurung

sampai tua pun tidak ke mana !
engkau kata penat berjalan
penat engkau berjalan tidak mendatangkan hasil !
tiada mendatangkan perubahan !

jauh engkau melangkah
tapi kemajuan di depan mata engkau buta !
engkau dengan dunia sendiri
engkau dengan kelapa kau dan diri kau !

sampai bila ?
zaman kian berlari laju dengan kemajuan
tapi engkau masih dengan tempurung kelapa kau
masih buta dan alpa
tidak mencuba membuka mata kepada dunia

tempurung yang selesa
sungguh selesa sehingga lalai dan alpa
bagaikan selimut yang menyelimut di subuh hari
hingga tidak mampu bangun
untuk membuka mata akan pembaharuan dan revolusi

jauh perjalanan engkau, hanya sia - sia
hanya penat menjadi teman di kaki dan langkah kau

tempurung kelapa
zon selesa

sampai bila ?

: : p/s : selamat merdeka. lambat 5 hari ucapan merdekanye. (@_@)