Sabtu, 29 Oktober 2011

si bangsat yang mentah

ah sudah
makin menjadi, makin mengganas
makin tinggi, makin didongakkan
dagu bertukar arah di sebalik lakonan puppet
tiada lagi lapisan bedak dimuka
kerut, parut, bintik bangun dari lapisan debu

itu dia
ya, itu dia !!!

bulu yang gebu meliputi lapisan kerak kulit
gugur satu persatu lantas menunjukkan warna kulit yang sebenar
bukan hajat berbicara mengenai agama mahu pun bangsa
namun kerak kulit lakonan sudah habis dimamah diri sendiri

diteroka dan didedah
dibogelkan akan perilaku sendiri

itu dia
ya, itu dia !!!

mungkin salah aku
menyuap tanpa henti akan rona harian
tidak aku sangka
suapan mendedahkan si buas berkulitkan si perawan

bangsat
bangsat si buas dibogelkan dan ditunjuk
oh, sungguh bangsat

betis sudah diberi, tanda kejinakkan
kini peha menjadi mangsa demand list kau
kini kepala pula mahu kau pijak dijadikan bola permainan

oh bangsat
sungguh bangsat

aku tidak sebangsat dan sebodoh itu
aku tidak sebangsat dan sebodoh kau

lagak bangsat si bangsat
lakonan mentah kau sementah daging mentah
kerana kau masih mentah

: : p/s : orang muda, sungguh mudah mentafsir diri kau.

Selasa, 18 Oktober 2011

projek terbengkalai

pot pet pot pet . . .
pot pet pot pet . . .

leteran insan di dataran rumput manusia
di sana dan juga disitu, sini, sana
fenomena yang kembar
biasa lah, adat orang kita
itu yang meriahkan suasana pasar dunia

bammm !!!

4 projek dilambakkan ke atas objek separa kayu, meja namanya
aku menyepetkan mata, menaikkan kening, dahi berkerut
tanda protes namun aku suka

srapppp, srapppp, srapppp ~

sehelai demi sehelai aku membelek
mengupas asal usul projek yang muncul tanpa memberi salam
memegang erat masalah yang diutarakan
sambil memakai spek yang menjadi peneman mata
aku membesarkan mata
menjenguk sedalam - dalamnya akan tunjang akarnya

memasang telinga untuk peka, membuka mata untuk membantu
mendengar dengan teliti
melihat dengan celik
berbicara dengan fakta dan pengalaman

projek yang terbengkalai, berhabuk, tergantung
satu demi satu diselesaikan dengan senyuman dan tawa
mereka pun tersenyum bersama
memudahkan, menyenangkan, menyelesaikan

4 projek permasalahan manusia yang dilabel sebagai kawan terjawab
aku gembira dapat membantu dengan secebis minda pink ini
dihujani taburan pujian dan terima kasih
aku berkata :

" member - member, xde hal la "

: : p/s : membe tolong membe. xde hal la geng.

Rabu, 12 Oktober 2011

dansa si unggas

tepu
kosong, sunyi dan kaku
jari terhenti di papan kekunci

unggas berdansa keriangan
lelabah berniaga di sesawang
cengkerik melantunkan melodi
tiada kelibat manusia
hanya habuk memenuhi ruang

habuk dan sesawang si lelabah
menjadi penghuni tetap, mengalahkan pemiliknya

haaacummmm ~

aku bersin
kehadiran habuk menerobos ke dalam ruang gelap hidung
memenuhi setiap corong dan lohong

fuhhhh ~
fuhhhhh ~
fuhhhhhh ~
meniup dan bertiup
dada kesempitan, semput

kiri dan kanan
depan dan belakang
utara dan selatan
timur dan juga barat
mata melilau mencari sekeping makna

haaaiiihhhh ~

beku, tepu dan kaku

berkerak habuk memajukan penempatan masing-masing
aku yang beku, tepu dan kaku, hanya tersenyum
tersedar dan terjaga, diseru !

lantas tangan mencapai bulu ayam
melontar segala habuk dan kesunyian ke luar jendela
jari menari di papan kekunci, dengan lagak tersendiri
aku kembali

ya, aku kembali !!!

aku sudah kembali !!!

: : p/s : lama da x update blog. dekat sebulan jugak. final exam punya penangan.