Ahad, 14 Ogos 2011

penagih dadah

tip tip tip . . .
tip tip tip . . .

hujan
setitik demi setitik
menyembah bumi
seirama dan sejiwa
seakan memahami kehendak hati ini

sejuk
menjamah kulit ku ini
aku kesejukan

brrrrr . . .
aku menggigil

keras

aku keras
sekeras batu

bersepah
dirobek
dicampak
satu demi satu

rakus
sungguh rakus
tangan ini menyelongkar
di selongkar dan di selongkar lagi

aku gian
aku keras
aku perlukan ia
aku perlukan ia !

buntu
kusut
gelisah

tidak
oh tidak
aku tidak dapat menahan lagi

cukup

aku amat - amat perlukan ia . . .

: : p/s : malam nie sejuk gile sebab hujan. da gian nak selimut nie. sejuk, brrrrrrr ~

1 ulasan: