Sabtu, 25 Februari 2012

bumi itu sfera


7 billion populasi dunia
7 billion karenah manusianya
7 billion mentalitinya
7 billion falsafah hidupnya
7 billion jodohnya

7 billion juga masalahnya

Belum masuk lagi alam ghaibnya
Belum masuk lagi orang bawah tanahnya
Belum masuk lagi binatangnya
Belum masuk lagi benda alah hijau, pokok namanya

Tanpa kau, tak cukup 7 billionnya

Tanpa kau, takda 7 billionnya

Jangan kata kau bukan sesiapa dalam dunia

Khamis, 16 Februari 2012

apa kau nak ?


kita semua pernah poser
kita semua pernah nampak skema

poser itu proses
semua benda adalah proses

tapi lepas tu kita belajar
jangan poser sampai mati

hidup itu bukan apa yang cikgu kita cakap
hidup itu bukan apa yang masyarakat nak
bukan tentang persepsi
bukan tentang mentaliti
bukan tentang kehendak majoriti

bukan

tapi hidup itu tentang apa yang kau nak

apa yang kau nak dalam hidup kau ?

itu yang kau kena persoalkan
kau nak apa

kau kene percaya dengan kau

- fared ayam - 

Jumaat, 27 Januari 2012

rancak


Haha !
Rancak kau berbicara

Kau hentam sana, kau kutuk sini
Kau maki sana, kau caci sini
Rancak kau berbicara

Club sana kau pergi, club sini kau pergi
Kau mabuk sana, kau high sini
Rancak kau berbicara

Sana kau race, sini kau race
Kau rempit sana, kau sagat sini
Rancak kau berbicara

Yang ini salah, yang itu lagilah salah
Yang ini betul, yang itu baru betul
Rancak kau berbicara

Kau gaduh sana, kau rembat sini
Sana kau pukul, sini kau tukul
Rancak kau berbicara

Luar malaya kau teroka, dalam malaya kau teroka
Dalam laut kau berenang, atas angin kau terbang
Rancak kau berbicara

Girl sana kau kenal, girl sini kau kenal
Kau main perempuan sana, kau main perempuan sini
Rancak kau berbicara

Guy handsome sana kau kenal, guy macho sini kau kenal
Kau skandal guy sana, kau goda guy sini
Rancak kau berbicara

Sana kau plesing, sini kau plesing
Kau tayang muka hot sana, kau tayang body hot sini
Rancak kau berbicara

Tempat sini puaka, tempat sana celaka
Hantu ini kau nampak, hantu itu kau teriak
Rancak kau berbicara

Dengan couple satu bumi kau berjalan, sampai langit hingga ke bulan
Dengan kawan ajak jumpa susah, lepak kedai mamak pun payah
Rancak kau berbicara

Pot pet pot pet sana, pot pet pot pet sini
Seminit kau meleter, sejam kau merepek
Rancak kau berbicara

Sungguh rancak kau berbicara

Sungguh rancak kau punya berbicara

Aku pekakkan telinga, aku kosongkan jiwa
Kerana aku tak kisah akan kisah rancak kau semua

Isnin, 23 Januari 2012

histeria



Hendak dicerita, panjang cerita
Tapi apa guna cerita kalau bukan untuk dicerita ?

Aku termenung dan siling menjadi sasaran mata
Terbujur aku di atas katil, kaku
Menanti jawapan kepada persoalan dibenak kotak fikiran
Yang aku sendiri tidak pasti akan kewujudan penyelesaian
Satu penamat

Melihat cermin yang sudah muak dengan diri aku
Bayang-bayang kegagalan yang lemah tampak jelas
Layu, buntu dan sayu
Impian bertukar menjadi fantasi
Impak dari realiti yang dilalui setiap hari
Berputar seperti lagu yang tiada button berhenti

Mendongak kepala tanda tidak mengalah
Hajat cerita bukan untuk merungut atau kecewa
Cerita ini hanya untuk mengetahui keadaan diri
Agar tidak masuk ke karung dilema

Kerana aku tahu setiap orang ada impiannya

Jumaat, 6 Januari 2012

hiper tetapi buta




Tatkala ini kerusi menjadi ligat , entah berapa kali berpusing
Ligat pusingan tidak seligat kepala , norma “blurr” menyerang
Sambil aku menongkat dagu , merapatkan kaki , mendongak

Pusingan yang ke – 9

Aku masih terdiam
Rentak hati ingin berjuang , perubahan menjadi agenda minda
Genap hari ini, hampir 2 bulan di zaman gelap
Seperti sejarah tercatit zaman kegelapan gereja
Namun bukan gereja menjadi titik isu disini

Terdiam , tergamam

Pusingan ke – 10

Hiper
Aku melonjak, terlonjak dengan semangat
Ideologi bersepah merata di denai minda
Itu ini itu ini mahu dibuat dan dicapai
Sana sini sana sini mahu dijejak , diteroka , dicuba

Buta
Pengalaman dan pengetahuan menjadi dinding, benteng
Melihat mereka hebat , gah di dunia sana
Melihat diri hina , terperuk di dunia sini
Ingin melangkah, namun terhenti
Macam mana ingin melangkah ?
Itu yang aku lupa

Bukan lupa , namun tidak tahu
Jalan perubahan , ya ! aku tidak tahu
Bagaimana hendak bermula , dimana , langkah pertama ke mana ?
Itu yang aku buta

Hiper tetapi buta

Khamis, 15 Disember 2011

provokasi



Aku ketawa, haha !
Gelak besar melihat karenah dunia
Disuap dan menyuap hingga senak si perut
Provokasi bertaburan mencari mangsa

3 generasi digembar – gemburkan
Generasi X, Y dan Z
Makin melangkah ke hadapan, makin terkebelakang
Aku memetik kata – kata seorang kawan
“ Generasi X, Y dan Z ?. Tidak sama sekali. “
“ Kita hanyalah generasi pengguna “
“ Tidak mencipta pembaharuan, hanyalah mengguna hasil tangan orang “

Yang manis dan sedap di kopi tampal
Menjadikan hak mereka dan memperbodohkan
Diri dan sekeliling yang termakan umpan
Hasilnya ? kembang dipuji hasil orang
Peluh sendiri tidak pernah dicuba diolahkan
Si sampah naik menyampah

Dunia, semuanya indah di kaca kotak tv
Yang indah pernah terjadi dalam hidup kau ?
Setapak keluar, lopak di depan rumah

Menendang di kepala inginkan hidup seperti puteri dan raja
Mewah di setiap penjuru rumah sehingga jendela
Jatuh cinta bagaikan sang sinderella
Cerita hidup bagaikan cerita korea
Disuap sang kotak tv dan media

Membayangkan, “ kan best kalau aku macam tu “
Ludah setepek aku hadiahkan dimuka

Pernah terjadi apa yang kau bayangkan ?
Pernah kau dapat apa yang kau bayangkan ?
Pernah ?

Sebab itu dinamakan drama dan filem
Dihasilkan atas apa yang tidak boleh didapat di dunia
Melalui lakonan dan kau terpedaya dan termakan

Nasihat kepada diri sendiri
Atau aku yang kolot ?

Sabtu, 29 Oktober 2011

si bangsat yang mentah

ah sudah
makin menjadi, makin mengganas
makin tinggi, makin didongakkan
dagu bertukar arah di sebalik lakonan puppet
tiada lagi lapisan bedak dimuka
kerut, parut, bintik bangun dari lapisan debu

itu dia
ya, itu dia !!!

bulu yang gebu meliputi lapisan kerak kulit
gugur satu persatu lantas menunjukkan warna kulit yang sebenar
bukan hajat berbicara mengenai agama mahu pun bangsa
namun kerak kulit lakonan sudah habis dimamah diri sendiri

diteroka dan didedah
dibogelkan akan perilaku sendiri

itu dia
ya, itu dia !!!

mungkin salah aku
menyuap tanpa henti akan rona harian
tidak aku sangka
suapan mendedahkan si buas berkulitkan si perawan

bangsat
bangsat si buas dibogelkan dan ditunjuk
oh, sungguh bangsat

betis sudah diberi, tanda kejinakkan
kini peha menjadi mangsa demand list kau
kini kepala pula mahu kau pijak dijadikan bola permainan

oh bangsat
sungguh bangsat

aku tidak sebangsat dan sebodoh itu
aku tidak sebangsat dan sebodoh kau

lagak bangsat si bangsat
lakonan mentah kau sementah daging mentah
kerana kau masih mentah

: : p/s : orang muda, sungguh mudah mentafsir diri kau.

Selasa, 18 Oktober 2011

projek terbengkalai

pot pet pot pet . . .
pot pet pot pet . . .

leteran insan di dataran rumput manusia
di sana dan juga disitu, sini, sana
fenomena yang kembar
biasa lah, adat orang kita
itu yang meriahkan suasana pasar dunia

bammm !!!

4 projek dilambakkan ke atas objek separa kayu, meja namanya
aku menyepetkan mata, menaikkan kening, dahi berkerut
tanda protes namun aku suka

srapppp, srapppp, srapppp ~

sehelai demi sehelai aku membelek
mengupas asal usul projek yang muncul tanpa memberi salam
memegang erat masalah yang diutarakan
sambil memakai spek yang menjadi peneman mata
aku membesarkan mata
menjenguk sedalam - dalamnya akan tunjang akarnya

memasang telinga untuk peka, membuka mata untuk membantu
mendengar dengan teliti
melihat dengan celik
berbicara dengan fakta dan pengalaman

projek yang terbengkalai, berhabuk, tergantung
satu demi satu diselesaikan dengan senyuman dan tawa
mereka pun tersenyum bersama
memudahkan, menyenangkan, menyelesaikan

4 projek permasalahan manusia yang dilabel sebagai kawan terjawab
aku gembira dapat membantu dengan secebis minda pink ini
dihujani taburan pujian dan terima kasih
aku berkata :

" member - member, xde hal la "

: : p/s : membe tolong membe. xde hal la geng.