Rabu, 19 Disember 2012

kencing manis


jangan puji aku melambung
nanti riak aku melambung

macam gula yang manis
sikit - sikit, manis
banyak - banyak, kencing manis


Rabu, 12 Disember 2012

#PSP1TAHUN



datang PSP, aku tertawan
melihat kelompok bulatan puitisan di kiri dan kanan
tiada yang marhean, tiada yang atasan
hanyalah segerombolan kecil, tapi luas pemandangan


aku rela melacur, membogelkan pemikiran dan pemahaman
daripada dapat wang, aku dapat pengetahuan, dapat temanan
kalau aku pelacur, aku jadi pelacur kelas bawahan
melacur di selit - selit jalanan
mencatit setiap bait - bait ungkapan
melontarkan setiap picisan
silalah tawan aku dengan penulisan
terima kasih aku ucapkan





selamat ulang tahun pertama Puisi Satu Petang

Isnin, 10 Disember 2012

benang & berenang


gunting benang, amik jarum
selit lubang jarum, tak masuk
jilat benang, benang tegak
selit lubang jarum, tak masuk
mata juling, kepala pening
selit lubang jarum, tak masuk

muka fed up, campak tepi, turun bawah, togak air
naik bilik, ngadap balik

dahi kerut, peluh leleh
mata juling, tangan pedih
amik benang balik, amik jarum balik
selit lubang jarum, benang masuk !
angkat tangan, aku jerit, YEAHHH !


tepuk dada, kau boleh buat bukan ?


.   .   .   .   .   .   .   .   .   .   .


tarik nafas dalam, hembus dalam air

1, 2, 3 !
berenang gaya bebas, kuak kiri kanan, terjah ke hadapan
nafas pendek, aku berhenti
toleh belakang, suku kolam aku jajah


stop, gostan balik, gostan tempat mula


tarik nafas dalam, hembus dalam air

1, 2, 3 !
tangan dilembutkan, kaki diiramakan
dada sempit, aku berhenti
toleh belakang, setengah kolam aku teroka


stop, gostan balik, gostan tempat mula


tarik nafas dalam, hembus dalam air

1, 2, 3 !
tangan dipanjangkan, badan diserongkan
semput nak mati, aku berhenti
tangan lenguh, kaki letih
pandang depan, aku dihujung kolam sebelah sini
angkat tangan, aku jerit sekuat hati YEAHHH !



tepuk dada, kau boleh buat bukan ?


.   .   .   .   .   .   .   .   .   .


 "life's battles don't always go to the stronger or faster man
but sooner or later the man who wins
is the man who thinks he can "

 - Vince Lombardi

Sabtu, 24 November 2012

satu yang pasti


masa sekolah tadika, mereka bertanya
kau nak jadi apa pabila dewasa ?
aku jawab ; doktor, polis, cikgu
tanpa tahu apa kejadah satunya itu


masa sekolah menengah, mereka bertanya lagi
kau nak jadi apa pabila dewasa ?
aku jawab ; jurutera, arkitek, akauntan
tanpa tahu apa kejadah satunya itu


dan tak pernah aku jawab dengan satu yang pasti !


sekarang, menjelang dewasa, mereka bertanya lagi
tapi kali ini, mereka mahu sesuatu yang realiti, bukan fiksi
jawapan yang serius, jawapan yang mati
dan aku jawab : aku tak tahu !
dan memang aku tak tahu, celaka !


ini bukan masanya untuk membuat keputusan yang penting, genting
antara kiri atau kanan
antara depan atau belakang
ini masanya untuk membuat kesilapan !


naik salah bas, sesat ditempat asing, chill
jatuh cinta, lagi, lagi, lagi dan lagi
ubah persepsi diri, dan ubah lagi, dan ubah lagi sampai mati
hey tolol, tiada apa yang kekal kan ?


maka, buatlah berjuta kesilapan
sesatlah banyak kali hingga masuk ke hutan, walau ke bulan
dan pabila sampai satu hari nanti, mereka akan bertanya lagi
kau nak jadi apa ?


aku akan jawab dengan satu yang pasti

Jumaat, 23 November 2012

hipotermia


secawan kopi, semangkuk bubur durian
ditemani sejuk, rintik - rintik air hujan


ahhh, cukup untuk buat aku berdansa

Khamis, 22 November 2012

kontradiksi


label aku sesat


tapi aku pilih kegelapan
aku akan lebih hargai cahaya

Selasa, 13 November 2012

concrete



season may change
birds may migrate
leaf may fall
clouds may move on
places may be modernized
skin may wrinkled
people may get old


but when it comes to true love
it stay the same


it just, stays

Isnin, 12 November 2012

magika


aku ada


kau bosan. mari, celoteh dengan aku.
kau marah. mari, jerit pada aku
kau letih. mari, rehat dengan aku
kau sedih. mari, merengek kat aku
kau ingin berkasih. mari, kasihlah aku


kau lupa aku, aku tetap ingat kau


aku ada
aku ada


aku tuhanmu