Sabtu, 5 Januari 2013

dunia lorong merah


Bila menyebut tentang pelacur, dogma – dogma seperti whore dan bitch adalah perkara pertama yang hinggap di kepala aku. Fahaman ini disuntik ke kotak fikiran sejak dari aku budak hingusan di bangku sekolah lagi.

Whore dan Bitch

Sekitar pertengahan tahun lepas, aku berada di Kuala Lumpur untuk seminggu atas urusan kerja. Dan bagi mereka yang agak jarang menjejakkan kaki ke Kota Lumpur ini, wujud keinginan untuk merasa kehidupan metropolitan di sebalik tembok – tembok megah tinggi ini.

Aku dan beberapa kenalan, yang mana meraka ini anak jati Kota Lumpur aku jadikan sebagai tour guide tidak berbayar. Tempat dituju, Brickfields. Tujuan, pelacuran.

Aku difahamkan bahawa Brickfields merupakan Kota Pelacuran. Kalau “Kota Pelacuran“, mesti mempunyai hierarki taraf seperti pelacur bawahan, pelacur pertengahan, pelacur atasan. Itu apa yang aku rasa lah.

Oh, sebelum aku di cop main pelacur, tidak sama sekali. Hoho !

Aku tiba dalam pukul 3 pagi dan lepak di restoran mamak di lorong yang sama melihat dari jauh. 3 pagi, yang mana ianya waktu kemuncak dalam bidang ini berdasarkan apa yang aku lihat. Skill, pakaian, lenggok badan mereka ketika berbisnes memang tip top.

Aku dan kenalan mengajak salah seorang pelacur yang aku rasa agak kecewa tiada pelanggan malam itu, untuk borak, semeja. Aku tak ingat apa namanya, nama samarannya. Berdasarkan borak kedai kopi itu, dia berasal dari Sabah yang aku tak dapat nafikan kerana loghat bah bah bah nya amat pekat.

Dia dalam bidang pelacuran ini baru setahun yang mana dia orang susah ketika di sana, tidak mempunyai pelajaran yang tinggi dan bermigrasi ke sini dan passportnya dipegang. Norma yang bagi aku agak normal terjadi kepada mereka ini, diperdagangkan selain daripada duit. Terpacul satu soalan yang agak awkward dari meja perbualan.

“ Kalau dapat passport, dapat kerja lain, nak berhenti tak ? “

“ Mestilah ! “ jawabnya

Ternyata mereka ini tersepit dan diherdik dari kemajuan. Aku tidak salahkan kemajuan, dan aku tidak banggakan pelacuran. Tapi, cuba kau fikir guna kewarasan kemanusiaan, sesetan - setan perempuan, rela tak untuk dia ikhlas melacurkan diri sendiri ? Kalau tanya pelacur sendiri, harga yang memainkan peranan. Duit menjadi taruhan. Mana ada orang ikhlas melacur.

“ Aku melacur sebab aku memang ikhlas nak melacur “ - gila

“ Aku melacur sebab duit “ – ha, baru kena.

Macam kita jugak la kerja sebab apa, duit. Tak pernah dibuat orang, aku ikhlas kerja, 8 pagi hingga 5 petang, ikhlas aku kerja, tak payah bayar la. Gila la lu !

Perbualan berterusan sehingga pukul 5 yang mana waktu punch card untuk mereka ini. Lorong merah lengang dari lenggokan giur. Aku pun membuat keputusan berlalu pergi kerana bas pulang ke Johor Bahru 3 jam lagi.


Azan subuh pun berkumandang



p/s : panas seluar aku sebab maggi tumpah sebab tekun tengok dorang

4 ulasan:

  1. maggi rebus kari telor mata merupakan satu fabret. muahahaha !

    BalasPadam
  2. next time, lorong haji taib. follow. please.

    BalasPadam
  3. si gadis tak elok keluar lewat malam. hee

    BalasPadam