Khamis, 26 April 2012

kereta buruk



bebal, kaku dan kejab besi metalik itu bertapa
entah bila, entah kenapa
dia diam membisu mengalahkan batu

merah darah warna kulit catnya
berpesta parasit debu berkerak dengan selamba
parasit - parasit kemajuan dan kesibukan sfera suasana

kempis, pancit, benyek geligat 4 tayar 
sekempis karyanya yang lama tidak bersua
mencanakkan jalanraya dan highway logik akal

bonet enjin di robek, di celah, di jenguk

enjin semangatnya masih muda
panas darah minyak hitamnya
lincah rotor jiwa gila nya berputar

overhaul sikit
kasi pam tayar dengan nafas minda sikit
curah petrol dalam salur minyak akal sikit
sental basuh badan si bebal dengan sabun kritikan
mencanak - canak meter tangan diseru menaip

pinnn ! pinnn ! pinnn !

anak tekak hon dah mula bersuara

 apa khabar dunia !

karya aku setelah berhibernasi dalam gua mana lama gila

Tiada ulasan:

Catat Ulasan