Khamis, 26 April 2012

anak haram



Berkepul kepul asap rokok dihembus
Bara yang merah dan bahang tengahari saling bergaduh
Entah giliran rokok yang ke berapa


“ Si polan dan si polan dah kawin “


“ Bia benar. Dia muda lagi “
Entah, macam tak sedap hati ja aku dengar
Sebab baru beberapa bulan aku berjumpa dengan si polan itu
Tanpa kad wangi di pos di rumah


“ Terlanjur katanya “


Pappp ! bibir lembut aku terus jadik batu granite


Suasana berubah dimensi, memasuki ruang black hole


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .



Sundal !
Bodoh !
Perempuan murahan !
Bangang !
Budak baru nak up !
Haram jadah !


Terma yang selalu aku dengar dari masyarakat


Anak haram
Satu terma yang cukup jijik aku dengar
Jijik dengan label “ anak haram “
Siapa cipta ?
Kenapa anak haram ? Bukan anak luar nikah ?
Anak yang terhasil dari hubungan luar nikah
Anaknya haram ?
Anaknya takda kena mengena
Kenapa tak mak bapak haram ?
Mak bapak sedap beromen, anak jadik mangsa ?
Belum lahir ke dunia, sedap – sedap kau bagi nama anak haram


Dan kenapa anak itu berbinkan abdullah
Kau tau apa maksud Abdullah ?
Pergi selak buku nama – nama islam sana, 3 ringgit senaskhah
Maksudnya “ Hamba Allah “
Walau anak luar nikah, tuhan terima juga
Siap kasik berbinkan lagi
Kau ada ?
Siapa kau nak judge ciptaan tuhan ?


Aku tertarik ayat dari sebuah video vlogger Malaya
Kenapa tiada kes buang anak di negara Eropah sana ?
Sebab budaya orang kulit pudar sana tak anggap anak luar nikah tu anak haram


“ So, kaw menggalakkan la orang untuk beromen ? “
 “ Kaw agongkan budaya luar entah mana ? “
“ Kaw nak samakan sini dengan sana, macam tu ? “


Soalan persis yang biasa terpacul dari mulut- mulut


 “ Kau islam ? “


“ Islam “


“ Kau tau dalam sejarah islam sendiri apa yang baik, bagus untuk tamadun “
“ Mereka serap bagi naikkan tamadun islam itu sendiri “
“ Walau dari tamadun lain mana “


“ So, kau nak hujah pasal islam pulak ? “
“ Jangan berlagak alim la, sendiri pun buat dosa “


“ Memang, memang aku buat dosa, buat silap “
“ Sebab dosa tu lah yang ajar aku jalan yang betul “
 “ Silap itu lah yang menunjukkan aku manusia biasa “
“ Dan dengan dosa dan silap itulah aku membesar “
“ Dan jadikan pengalaman yang mematangkan aku pasal dunia ”
“ Kau ta penah buat dosa ? “
“ Kalau jadi kat kau, entah kau blah tinggalkan minah tu sorang – sorang “
“ Syukur dia tak lari,dia tanggung beban silap yang dia dah buat ”




Suasana menyepi sendiri, sunyi



. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Suasana kembali ke dimensi realiti



“ Jom bayar food ni, waktu lunch da nak habis ni “

Bahang masih terasa
Namun tidak sebahang mentaliti aku bekerja



. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Orang kata makan maggi bole rosakkan otak
Tapi aku lebih rela otak aku rosak dari rosak mentaliti, rosak persepsi
Yang entah siapa cipta dan suap ke mulut – mulut mereka

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .



p/s : yang kiri aku, yang kanan pun aku. nasihat kepada diri sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan