Ahad, 30 September 2012

kanabis


malam itu

mata mendongak berkiblatkan bulatan bulan
bulat, mengambang, bercahaya
tiada dinding sekatan gerombolan kepulan awan
kain di cop anak bulan, bintang pecah 14 berdansa sesekali
layu
akan kehadiran gebu angin



malam itu

ya di sana, mencanak terpacak kacak penyuluh malam
di label tnb, berkod entah apa pencatit angka tiang satu
oren, naungan jajahan takluk jalan raya di bawahnya
menakluk sang malam dengan halus, lembut dan gebu
mengikut rentak keseksiannya tersendiri cahaya oren
terang



malam itu

pekikkan, makian, cacian tiub besi ekzos
pemecah tenang malam mengaum sekali dua
mereka menyelinap ke lorong - lorong kotak masing - masing
kotak rumah pujangga hak milik mereka
mungkin parti, enjoy, melepak, berkumpul sebelumnya
entah



malam itu
malam itu

gerak geri, dansa seksi sang puteri malam
berteman putih pucat asap kepul tembakau american well blend
jerebu di halaman iris mata
disedut kencang, dihembus lembut
berlari anak, lembut, mengusap manja di muka



tanpa gulungan kanabis
tanpa chivas kencing si setan
tanpa cecair likat gam
tanpa kapal terbang

aku stoned
aku high
aku mabuk
aku fly


cukup hanya malam



dan malam itu

aku ingin menulis
tentang malam itu

Selasa, 25 September 2012

sarkasnia




Hey, wanna meet up ?
I am looking for a boyfriend, that can fulfill my pleasure

Taip ON CINTA ke XXXXX

Build up your muscle in 3 easy way

Grow 7 inches in a week !

I am all alone and horny. lets webcam !
Find me at www.asdasdasdasd.com

Meet up with a single lady around your neighbourhood !

Uji sejauh manakah cinta anda bersama kekasih anda
Taip ON LOVE ke XXXXX

Ketahui kisah - kisah liar artis dan cerita hantu terangker di malaya
ON VOGUE ke XXXXX






tuit tuit !

pop - up
taip ON PELEMPANG JEPUN ke PFFTTT !
kepanggg !

serious annoying

Ahad, 19 Ogos 2012

vogue gaga




aku anyam ketupat
tiup api, bakor lemang
potong bawang, hiris bawang
masak rendang, masak lodeh
sental dodol sampai liat
tukar langsir, lap habuk tingkap
sapu lantai, cat dinding


snap snap gambar,
update twitter, facebook





nak raya, semua nak tunjuk buat kerja kat dapur
motif ? nak tunjuk rajin kat satu dunia ?


heh






- selamat hari raya aidilfitri, 2012 -

Selasa, 7 Ogos 2012

khunsa




Nama berbinkan, ada belalai
Kromosom bukan XX, disahkan XY
Misai dan janggut semekar mawar dibaja, dibelai
Tapi kau punya gedik satu punya hal



9/1, 9 akal 1 nafsu,
Nafsu hanya dibelalai satu tu
Hormon gedik tak tercatit di 9 akal kau tahu
Tapi kau punya gedik, mohon tukul melekat kat atas kepala tu



Atau kau sejenis spesies khunsa ?
Pfft !


Khamis, 19 Julai 2012

Parallel Universe

Sayang
Darling
Baby
Mama
Sayang dah makan ?
Darling sihat ?
Baby kat mana ?
Mama take care ok ?





Aku di parellel universe



Isnin, 11 Jun 2012

klise

kita nak sangat hujan bila panas
tapi bila dapat hujan, sembunyi jugak bawah atap

kita nak sangat panas bila hujan
tapi bila dapat panas, sembunyi jugak bawah atap



klise sungguh kita ni kan ?

Khamis, 17 Mei 2012

payung misteri

abracadabra, pooofff !

evolusi payung ke baju dah menjadi !
payung dah boleh pakai kat badan. yes, sukses sukses !
bersepah la badan yang payung mata





einstein pun duduk mencangkung, pelik

Selasa, 15 Mei 2012

pop kuiz

" Berapa banyak kau nak kaya ? "

- soalan yang tak penah aku dapat jawab hingga hari ni