dia mahu terbang
katanya dia mahu terbang di awan
katanya dia mahu tengok tempat orang
katanya dia mahu belajar budaya orang
katanya dia mahu bertutur bahasa asing
katanya dia mahu dikelilingi bangsa asing
katanya dia mahu berada di negara asing
tapi
awan ditempat sendiri dia lupa
tanah sendiri dia asingkan
budaya sendiri dia asingkan
bahasa sendiri dia asingkan
bangsa sendiri dia asingkan
jiran sendiri dilayan macam warga asing
negara sendiri dia asingkan
terbang waklu aku kata sama lu
dan aku mahu bagitau kau sesuatu
awan itu indah dilihat dari jauh kau tau !
dari dekat ia hanya kabus yang kelabu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan