Bila menyebut
tentang pelacur, dogma – dogma seperti whore dan bitch adalah perkara pertama
yang hinggap di kepala aku. Fahaman ini disuntik ke kotak fikiran sejak dari aku
budak hingusan di bangku sekolah lagi.
Whore dan Bitch
Sekitar
pertengahan tahun lepas, aku berada di Kuala Lumpur untuk seminggu atas urusan
kerja. Dan bagi mereka yang agak jarang menjejakkan kaki ke Kota Lumpur ini,
wujud keinginan untuk merasa kehidupan metropolitan di sebalik tembok – tembok megah
tinggi ini.
Aku dan beberapa
kenalan, yang mana meraka ini anak jati Kota Lumpur aku jadikan sebagai tour
guide tidak berbayar. Tempat dituju, Brickfields. Tujuan, pelacuran.
Aku difahamkan
bahawa Brickfields merupakan Kota Pelacuran. Kalau “Kota Pelacuran“, mesti
mempunyai hierarki taraf seperti pelacur bawahan, pelacur pertengahan, pelacur
atasan. Itu apa yang aku rasa lah.
Oh, sebelum aku
di cop main pelacur, tidak sama sekali. Hoho !
Aku tiba dalam
pukul 3 pagi dan lepak di restoran mamak di lorong yang sama melihat dari jauh.
3 pagi, yang mana ianya waktu kemuncak dalam bidang ini berdasarkan apa yang
aku lihat. Skill, pakaian, lenggok badan mereka ketika berbisnes memang tip
top.
Aku dan kenalan mengajak
salah seorang pelacur yang aku rasa agak kecewa tiada pelanggan malam itu,
untuk borak, semeja. Aku tak ingat apa namanya, nama samarannya. Berdasarkan
borak kedai kopi itu, dia berasal dari Sabah yang aku tak dapat nafikan kerana
loghat bah bah bah nya amat pekat.
Dia dalam bidang
pelacuran ini baru setahun yang mana dia orang susah ketika di sana, tidak
mempunyai pelajaran yang tinggi dan bermigrasi ke sini dan passportnya
dipegang. Norma yang bagi aku agak normal terjadi kepada mereka ini, diperdagangkan
selain daripada duit. Terpacul satu soalan yang agak awkward dari meja
perbualan.
“ Kalau dapat passport,
dapat kerja lain, nak berhenti tak ? “
“ Mestilah ! “
jawabnya
Ternyata mereka
ini tersepit dan diherdik dari kemajuan. Aku tidak salahkan kemajuan, dan aku
tidak banggakan pelacuran. Tapi, cuba kau fikir guna kewarasan kemanusiaan,
sesetan - setan perempuan, rela tak untuk dia ikhlas melacurkan diri sendiri ?
Kalau tanya pelacur sendiri, harga yang memainkan peranan. Duit menjadi
taruhan. Mana ada orang ikhlas melacur.
“ Aku melacur
sebab aku memang ikhlas nak melacur “ - gila
“ Aku melacur sebab duit “ – ha, baru kena.
Macam kita jugak
la kerja sebab apa, duit. Tak pernah dibuat orang, aku ikhlas kerja, 8 pagi
hingga 5 petang, ikhlas aku kerja, tak payah bayar la. Gila la lu !
Perbualan
berterusan sehingga pukul 5 yang mana waktu punch card untuk mereka ini. Lorong
merah lengang dari lenggokan giur. Aku pun membuat keputusan berlalu pergi
kerana bas pulang ke Johor Bahru 3 jam lagi.
Azan subuh pun berkumandang
p/s : panas
seluar aku sebab maggi tumpah sebab tekun tengok dorang
duk warung order megi je?
BalasPadammaggi rebus kari telor mata merupakan satu fabret. muahahaha !
BalasPadamnext time, lorong haji taib. follow. please.
BalasPadamsi gadis tak elok keluar lewat malam. hee
BalasPadam