ke hadapan, ke belakang
tangan bergerak tanpa arahan
merah, semerah mata sang serigala
kelaparan mencari mangsa di hening malam
satu kepuasan
pedih
mata ini pedih
tiada habuk mahupun kotoran
namun terasa amat pedih
berkali - kali dibantu oleh tangan
tiada kelegaan ditemui
aku pedih
pedih bukan kerana habuk
tetapi kerana kemajuan yang membutakan
membutakan mata mereka - mereka
hanya mengikut dan diketuk
umpama lembu yang ditindik hidungnya
pedih dan sedih
sedih ?
ya, aku sedih
sedih melihat mata kau yang celik pada azalinya
tapi hakikatnya buta
ya, memang engkau mahu jadi lawa seperti mereka - mereka
namun kau melebih - lebih, terlebih dari yang diperlukan
bukankah bersederhana itu lebih baik
bagaikan boneka
gerak - geri, tingkah laku
dikawal dengan seutas tali halus
diri engkau yang lawa, kini menjadi bahan tertawa
sedih dan pedih mata ini . . .
: : p/s : org lain make up lawa, awak make up mcm momok. sakit mata tengok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan