Sabtu, 9 Mac 2013
gaung
kau, aku
sama - sama duduk tepi gaung
kau cerita gaung kau, aku cerita gaung aku
kau jerit digaung sana, bergema sampai gaung sini
jadi, tiada gaung la begini
Jumaat, 8 Mac 2013
si tempang
bila dia pergi pagi hari, aku termangu
bangang
bila dia pulang senja hari, aku teriak
girang
itulah rutin harian aku yang berulang –
ulang
kerana aku punya tugas yang perlu aku pegang
menjaga rumah tuan aku dari manusia yang kerjanya
pecah rumah orang
walau aku hanyalah seekor anjing yang
tempang
Khamis, 7 Mac 2013
Rabu, 6 Mac 2013
sigaret, bikini, wiski
lenggoknya giur, gayanya seksi
make up nya tebal, pakaiannya seperti
bikini
sigaret di tangan kanan, wiski di tangan kiri
lentik menari di celahan lelaki
katanya, dirinya sudah terbang dari dunia
realiti
tapi realitinya, dia terjerat dengan
fantasi
dan jasadnya, masih melekat di bumi
masih lagi
Selasa, 5 Mac 2013
muzim orang mati
indahnya bila
orang bercinta
rasa macam dalam drama
korea
macam kena sihir
rasanya akal, mata dan jiwa
rasa macam kena
santau pun ada juga
santau sampai kawan
pun kau campak ke longkang agaknya
terbanglah kau
tinggi – tinggi dalam fantasi
bila sampai suatu
masa kau landing nanti
mengemis sana
sini cari teman pengganti
jangan kau cari
aku disini
sebab kau, aku
dah diframekan di muzium
sederet bersama
orang yang dah mati
Isnin, 4 Mac 2013
mimpi ngeri
tunggu aku terbang datang, hinggap di
jendela
masa kau tidur lena, aku selit masuk dalam
kamar kau
aku robek hati kau, aku kokak jantung kau
aku kunyah sampai lunyai otak kau
darah kau aku teguk buat wine merah gred
satu
dan bila kau terjaga subuh nanti
aku harap kau tersenyum akan kehadiran aku
malam tadi
walaupun hanya satu mimpi ngeri
Ahad, 3 Mac 2013
gila babi
malam ini
aku lepaskan kau terbang, menerobos ke
ruang infiniti
kelilinglah, tawaflah kau satu galaksi bima
sakti
buatlah sesuka hati, jelajahlah kau ke
segala pelusuk dimensi
nanti bila besok, bila kau pulang di pagi
hari
aku harap kau bawa 2 3 karya untuk aku
tulis di kertas putih ini
wahai diri
Sabtu, 23 Februari 2013
begitu dan begini
macam mana aku nak dalami dan rasai cinta
kalau definisi cinta yang dibentang di kaca
tv hari hari – hari di depan mata
hanya, hanyalah hubungan antara lelaki dan wanita
semata
itu bukanlah definisi
itu hanyalah kehendak majoriti yang paksa minoriti
untuk mengadaptasi
cinta
tiada kasta, tiada medium, tiada kata yang
pasti
tiada jantina, tiada warna, tiada heararki
jadi jangan kau kata cinta itu hanya begitu
dan begini
kerana cinta itu adalah sang pengneutralisasi
segala benda yang membenci
cinta itu neutral
Langgan:
Catatan (Atom)