Selasa, 13 November 2012

concrete



season may change
birds may migrate
leaf may fall
clouds may move on
places may be modernized
skin may wrinkled
people may get old


but when it comes to true love
it stay the same


it just, stays

Isnin, 12 November 2012

magika


aku ada


kau bosan. mari, celoteh dengan aku.
kau marah. mari, jerit pada aku
kau letih. mari, rehat dengan aku
kau sedih. mari, merengek kat aku
kau ingin berkasih. mari, kasihlah aku


kau lupa aku, aku tetap ingat kau


aku ada
aku ada


aku tuhanmu

Isnin, 22 Oktober 2012

si jelita


dinding aku sandar, rata
buku diriba, diraba
melodi melantun, disendal ditelinga
si jelita lalu di depan mata, selamba


5 minit
3 minit
kadang - kadang tak sampai 10 saat
si jelita berlalu di depan mata


aku memerhati


bukan aku tak perhati, cuma aku sedang fahami
si jelita jatuh hati, barangkali ?
aku, tiada riak ekpresi


ingin aku pekik, tolong berhenti !


aku tutup buku, aku berlalu pergi
bukan jual mahal, aku berangan barangkali


namun, kita kan ketemu lagi
si jelita, angin petang





4.00 petang
Atas Bumbung

Sabtu, 20 Oktober 2012

tergoda


sebentar


selak tirai, cahaya biru
burung bertekak, berdansa
tarik nafas, embun menyapa


seksi sungguh si pagi
melantun melodi rentak tersendiri



7.00 pagi
Rumah Bonda

Isnin, 15 Oktober 2012

sebal


hidup tu memang bangsat
tapi, kita tak ralat nak hidup


hidup tu memang palat
palat yang menunjukkan kita ni, hidup


hidup tu macam lalat
kena maki, kena jerat, masih mencanak melekat


hidup yang bangsat, memang palat, macam lalat, mencanak melekat
atau engkau ?

Ahad, 14 Oktober 2012

patung


"0"


ini kosong
punya lingkaran garisan hitam, lohong
dalamnya, lopong


ini aku
punya badan, nadi, jantung
dalamnya, rompong


tong kosong

Rabu, 10 Oktober 2012

satan buncit



persetan !
persetan !
persetan !
persetan itu !
persetan ini !
persetan meraka !
persetan si setan yang setan !
persetan si setan mencanak pukul 3 pagi !









celah mana aku nak korek makanan pukul 3 pagi ni setan !


* monolog setan dalam perut