Sabtu, 24 November 2012
satu yang pasti
masa sekolah tadika, mereka bertanya
kau nak jadi apa pabila dewasa ?
aku jawab ; doktor, polis, cikgu
tanpa tahu apa kejadah satunya itu
masa sekolah menengah, mereka bertanya lagi
kau nak jadi apa pabila dewasa ?
aku jawab ; jurutera, arkitek, akauntan
tanpa tahu apa kejadah satunya itu
dan tak pernah aku jawab dengan satu yang pasti !
sekarang, menjelang dewasa, mereka bertanya lagi
tapi kali ini, mereka mahu sesuatu yang realiti, bukan fiksi
jawapan yang serius, jawapan yang mati
dan aku jawab : aku tak tahu !
dan memang aku tak tahu, celaka !
ini bukan masanya untuk membuat keputusan yang penting, genting
antara kiri atau kanan
antara depan atau belakang
ini masanya untuk membuat kesilapan !
naik salah bas, sesat ditempat asing, chill
jatuh cinta, lagi, lagi, lagi dan lagi
ubah persepsi diri, dan ubah lagi, dan ubah lagi sampai mati
hey tolol, tiada apa yang kekal kan ?
maka, buatlah berjuta kesilapan
sesatlah banyak kali hingga masuk ke hutan, walau ke bulan
dan pabila sampai satu hari nanti, mereka akan bertanya lagi
kau nak jadi apa ?
aku akan jawab dengan satu yang pasti
Jumaat, 23 November 2012
hipotermia
secawan kopi, semangkuk bubur durian
ditemani sejuk, rintik - rintik air hujan
ahhh, cukup untuk buat aku berdansa
Khamis, 22 November 2012
Selasa, 13 November 2012
concrete
season may change
birds may migrate
leaf may fall
clouds may move on
places may be modernized
skin may wrinkled
people may get old
but when it comes to true love
it stay the same
it just, stays
Isnin, 12 November 2012
magika
aku ada
kau bosan. mari, celoteh dengan aku.
kau marah. mari, jerit pada aku
kau letih. mari, rehat dengan aku
kau sedih. mari, merengek kat aku
kau ingin berkasih. mari, kasihlah aku
kau lupa aku, aku tetap ingat kau
aku ada
aku ada
aku tuhanmu
Langgan:
Catatan (Atom)